Geografi Pahang Darul Makmur

Rencana utama: Geografi Pahang

Pahang terdiri daripada 12 daerah:

Ibu negeri Pahang ialah Kuantan manakala Pekan ialah bandar diraja. Bandar utama yang lain termasuk Kuala Lipis, Tanah Rata, Kuala Rompin dan Temerloh. Genting Highlands, Tanah Tinggi Cameron dan Bukit Fraser merupakan tempat peranginan bukitnya.

Pembahagian etnik berdasarkan kepada bancian tahun 2000 adalah seperti berikut:

  • Melayu: 989,473 (76.82%}
  • Cina: 228,043 (17.7%)
  • India: 64,419 (4.98%)
  • Lain-lain: 6,442 (0.5%).

Geografi fizikalnya dibahagikan kepada tiga bahagian:

Tanah tinggi

Semenanjung Malaysia merentangi telerang kuarza yang kaya dan yang dikaitkan dengan banjaran gunung di tengah. Hutan hujan meliputi kebanyakan tanah tinggi, tetapi cenderung bersifat lebih nipis dengan lebih pokok daun luruh. Paku-pakis biasa ditemui disebabkan kelembapan yang tinggi dan kabut yang meresap di kawasan ini.

Terdapat banyak ladang teh di kawasan Cameron Highlands yang terletaknya di barat. Kawasan ini adalah tertinggi di tanah besar, dan iklimnya cukup serdehana untuk mempunyai variasi suhu yang berlainan disepanjang tahun. Kawasan ini juga dikenali sebagai pembekal utama bagi kekacang dan sayur-sayuran kepada kedua-dua negara Malaysia dan Singapura.

Genting Highlands juga dikenali sebagai padang permainan Malaysia. Ia mengandungi kasino tunggal di Malaysia, taman tema, dan banyak hotel. Diletaknya 40 minit daripada Kuala Lumpur melalui lebuh raya, Genting Highlands dimajukan oleh Lim Goh Tong yang telah membayangkan sebuah destinasi cuti tepi bukit untuk sesiapa yang hendak merehatkan diri daripada kesibukan bandar raya. Sempadan Genting Highlands merentangi kedua-dua negeri Pahang dan Selangor.

Bukit Fraser pernah diguna oleh British sebagai tempat cuti sewaktu musim panas. Oleh sebab jalan ke Bukit Fraser cuma mempunyai satu lorong, lalu lintas dihadkan kepada satu arah pada waktu yang tertentu. Kini, Bukit Fraser merupakan sebuah kampung kecil dan destinasi cuti dengan bangunan-bangunan yang bersenibentuk British.

Gua

Terdapat dua buah gua menarik sebagai destinasi pelancongan iaitu:

Hutan hujan

Taman Negara, iaitu taman yang terbesar di Malaysia, terletaknya di utara negeri Pahang. Ia mengandungi banyak binatang terancam ataupun binatang yang jarang dijumpai seperti cipan, kancil, harimau dan harimau bintang.

Hutan hujan merangkumi dua pertiga kawasan negeri ini, dan Gunung Tahan yang merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman Negara. Oleh sebab ia terletak berdekatan khatulistiwa, hutan hujan di Malaysia adalah yang tertua di dunia: lebih kurang 130 juta tahun.

Tasik

Dua buah tasik yang termasyhur di Malaysia terletak di Pahang, iaitu:

Tasik Bera merupakan sebidang tapak Ramsar yang mustahak kerana persekitaran gambut air tawarnya yang mengandungi pelbagai flora dan fauna. ("Ramsar" bermaksud "Senarai Tanah Lembap Ramsar" yang dipersetujui melalui "Konvensyen Tanah Lembap" yang diadakan di Ramsar, Iran pada tahun 1971. Terdapatnya 147 ahli konvensyen dengan 1524 tapak tanah lembap yang berjumlah 129.2 juta hektar dalam senarai Ramsar.) Orang asli Semelai tinggal di kawasan ini dan meneruskan cara kehidupan tradisionalnya melalui pemburuan, penangkapan ikan dan penggunaan sumber persekitaran semula jadi.

Tasik Cini telah dikaitkan dengan sebuah legenda mengenai seekor naga yang dipercayai tinggal di tasik ini. Juga terdapat sebutan bahawa sebuah bandar raya terhilang di dalam tasik. Tasik Cini adalah masyhur bagi bunga teratainya yang berkembangan, dan baru-baru ini telah menjadi kontroversi kerana salah pengurusan pemajuan pelancongan yang menyebabkan kematian pokok-pokok dan pencemaran air.

Air terjun

Antara air terjun yang termasyhur di Malaysia terletak di Negeri Pahang, iaitu:[3]

Kawasan pinggir laut

Negeri yang bergunung-ganang ini mendatar ke arah pinggir laut, dan di sini terletaknya Kuantan, ibu negeri Pahang. Terdapatnya banyak pulau di luar pesisir, termasuknya Pulau Tioman dengan terumbu karangnya. Terdapatnya juga pantai indah yang terbentang dari Kuantan ke arah Terengganu dan juga dari Kuantan sampai ke arah Mersing, Johor. Diantara pantai peranginan yang terkenal di Negeri Pahang ialah:-

Daerah Kuantan:-

Daerah Pekan:-

  • Pantai Cheruk Paloh
  • Pantai Kuala Pahang
  • Pantai Batu 16
  • Pantai Nenasi

Daerah Rompin:-

  • Pantai Rantau Panjang
  • Pantai Pulau Lang
  • Pantai Kuala Pontian
  • Pantai Janglau Pantai
  • Pantai Kuala Tanjung Gemuk
  • Pantai Kuala Rompin

Daerah Temerloh:-Tiada Pantai Peranginan sebab daerah ini tidak bersempadan dengan laut.

Daerah Bentong :-Tiada Pantai Peranginan sebab daerah ini tidak bersempadan dengan laut.


Industri perikanan tradisional masih terdapat di pantai. Keropok ikan digemari orang tempatan dan industri tradisional merangkumi pemprosesan ikan kering dan makanan laut serta keropok lekor yang termashyur terutama daerah Kuantan.